Wednesday 16 April 2014

PROGRAM MESRA RAKYAT - KUNJUNGAN KASIH

Rabu, 27 Mac 2013

Oleh dan foto : Zeenat Aman

BUKIT GANTANG, 24/3/2013 ( Ahad ) - Pengundi di DUN Trong kini menunggu Skuad Kunjungan Kasih gabungan KEMAS Bukit Gantang dan Jalinan Rakyat ke kampung mereka. Kunjungan ini adalah sempena Program Mesra Rakyat yang dirancang akan dilaksanakan di empat Daerah Mengundi yang melibatkan anggaran lebih daripada 20 buah kampung. Kampung Nibong merupakan kampung pertama yang menjadi pilihan kerana kampung ini mempunyai golongan miskin yang ramai. Kepadatan penduduk di sini lebih kurang 266 orang. Rata-rata mereka bekerja sebagai nelayan dan bekerja kampung dan purata pendapatan harian mereka dibawah RM700 sebulan.
Dengan sumbangan ini mampu meringankan beban mereka serta mereka terharu dengan komitmen yang ditunjukan oleh Skuad ini. Mereka menyatakan seperti dihargai diatas kunjungan ini dan mereka berharap kunjungan ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan bagi DUN Trong. Seramai 149 orang yang telah dilawati oleh Skuad ini kelmarin. Datuk Haji Rosli bin Husin berserta isteri turut serta didalam Skuad ini bagi membuktikan lagi bahawa pimpinan yang sediaada berjiwa rakyat serta sering mendengar rintihan penduduk setempat khasnya bagi DUN Trong.

No comments:

Post a Comment